Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Fadhilah Asma' Birhatiyyah (Qolnahudin Barsyanin)


11. Asma burhutiyyah yang kesebelas  قلنھود

Huruf Qaf difathah, huruf Lam disukun, huruf Nun difathah, huruf Ha di dhommah, huruf Wau disukun dan huruf Dal dikasroh dan ditanwin. "Qolnahudin"

Maknanya dalam Bahasa Arab ialah     يامتين Ya-Matin. Pendapat lain dengan makna Ya- Sami’ Ya-Basir, Ya-Sami’ Ya-Badi’, Ya-Mughni dan Ya-Muhith.

Khasiat dan faidahnya

Kerasukan atau sawan
Bacalahasma قلنهود ini kepada orang yang dirasuki jin atau sawan sebanyak 20 kali dengan memasang bukhur (dupa) kulit anbar, jawi dan liban. Insya-Allah akan bercakap-cakap dan memberitahu kita perkara yang menimpanya. Jika jin itu tidak mahu keluar dari badannya maka bacalah kesemua Asma Birhatiah ini sebanyak 7 kali, insya-Allah jin itu akan segera keluar. Setelah jin keluar dari badannya maka hendaklah dia senatiasa mengamalkan doa-doa pelindung supaya jin itu tidak lagi kembali mengganggunya.

12. Asma' yang kedua belas برشان
Huruf Ba difathah, huruf Ra disukun huruf Syin difathah, Alif nya disukun dan huruf
Nun dikasroh dan ditanwin "Barsyanin"

Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya- Muhith. Pendapat lain dengan makna Ya-Allah Ya-Aziz.

Khasiatnya dan Fadhilah nya

Menunaikan hajat
Tulis isim ini dan Sulam Sulaimani ( # ) pada cincin Qasdir ( قصدير) dan dipakai ketika hendak melaksanakan sesuatu hajat, insya-Allah hajatnya akan ditunaikan.

Mengetahui khabar-khabar dari alam arwah.
Jika kita ingin mengetahui sesuatu khabar dari alam arwah, maka hendaklah dia membaca “Qolnahudin Barsyanin” sambil memasang bukhur (dupa) liban zakar dan meminta arwah supaya hadir, insya-Allah dia kan hadir dan akan bercakap-cakap dengan kita mengenai hal yang ingin kita tahu.

Semoga bermanfaat